kesimpulan


KESIMPULAN


         Sebagai kesimpulan, hubungan yang lebih erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti dan prodaktif. Selain itu,perpaduan juga dalah kunci kemakmuran dan sejahteraan negara. Tanpa perpaduan negara kita mungkin akan berpecah belah,dan masyarakat tidak dapat hidup dalam keadaan aman dan aman. Perpaduan yang lahir daripada hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik memupuk semangat tolenrasi,saling mempercayai,saling tolong menolong dan mengamalkan sikap bertanggungjawab sesama mereka. Jika tidak dijaga ini akan menjadi permusuhan dan akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan negara. Oleh yang demikian,semangat kejiranan memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan yang sempurna,aman dana harmoni.
          Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan kutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri  masyarakat yang berkualiti.  Selain itu , perpaduan juga adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan. Oleh itu , semangat kejiranan memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.
             
              Kesimpulannya, pentingnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang aman dan makmur sejahtera sahaja akan dapat meneruskan agenda yang lebih gemilang dan terbilang pada masa akan datang.



 

Comments

Popular posts from this blog

punca-punca semangat kejiranan semakin luntur

Langkah-langkah memupuk semangat kejiranan