Langkah-langkah memupuk semangat kejiranan
LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN
Perpaduan merupakan antara elemen terpenting dalam
pembentukan sesebuah negara yang harmoni.Perpaduan ini dapat dipupuk dengan
semangat kejiranan yang utuh.Sememangnya tidak dapat disangkal bahawa
masyarakat yang bersatu padu bermula dengan adanya semangat kejiranan yang
tersemai dalam jiwa. Oleh itu,setiap individu haruslah memiliki semangat
kejiranan yang tinggi demi mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara yang
berbilang kaum. Namun begitu,semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan
masyarakat kini. Justeru,senario ini haruslah disusuli dengan langkah yang
efektif supaya dapat dibendung sebelum masalah seumpama ini terus menular
menjadi barah yang akan menjejaskan keharmonian negara.
Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha memupuk semangat
kejiranan termasuklah mengamalkan amalan ziarah-menziarahi.Amalan ini dapat
mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran. Malah,amalan ziarah-menziarahi
ini sangat digalakkan dalam Islam. Misalnya,apabila jiran bertandang ke
rumah,sudah semestinya kita akan menyambut baik kedatangan mereka dan melayan
mereka dengan penuh adab sopan. Hal ini seterusnya akan melahirkan rasa hormat
dan kasih sayang sesama individu. Oleh itu,amalan ziarah-menziarahi wajar
dibudayakan dalam masyarakat.
Selain itu,semangat kejiranan dapat
turut dipupuk melalui amalan gotong-royong. Amalan gotong-royong sememangnya
membawa banyak manfaat kepada masyarakat.Halini kerana apabila segolongan
masyarakat bersatu menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan
perumahan, mereka bukan sahaja dapat memelihara kebersihan tempat kediaman
mereka malah dapat mengeratkan hubungan sekaligus memupuk semangat kerjasama.Di
samping itu, nilai kerjasama dan masyarakat yang prihatin juga dapat
diwujudkan. Justeru,masyarakat mestilah melibatkan diri dalam aktiviti seumpama
ini untuk kebaikan bersama.
Tambahan pula,rumah-rumah terbuka yang lazimnya diadakan ketika musim perayaan
wajar dilihat sebagai satu langkah yang efektif dalam usaha memupuk
semangatkejiranan. Negara kita yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum
membolehkan kita melihat pelbagai jenis adat dan budaya.Apabila rumah terbuka
diadakan,masyarakat akan dapat mengenali adat dan budaya kaum lain.
Hal ini akan dapat mewujudkan pers efahaman dan
sekaligus mengelakkan perselisihan faham yang boleh menjejaskan perpaduan kaum.
Oleh itu,amalan rumah terbuka ini wajar diteruskan dalam masyarakat.
Akhir sekali, semangat kejiranan yang semakin luntur tidak
wajar dipandang enteng.Sebaliknya, perlulah dianggap sebagai satu perkara yang
sangat penting dalam masyarakat.Kerajaan haruslah terus melakukan usaha-usaha
yang boleh mengukuhkan lagi perpaduan dalam masyarakat di negara kita.Sebesar
rumah bermula dengan seketul bata. Oleh itu,perpaduan kaum haruslah bermula
semangat kejiranan yang utuh.
Comments
Post a Comment