AMALAN SEMANGAT KEJIRANAN PENTING DALAM MENGURANGKAN KADAR JENAYAH SETEMPAT.
Pengenalan
“Wahai
manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang
perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling
kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah
ialah orang yang paling taqwa diantara kamu.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
lagi Maha Mengenal.” Allah berfirman bahawa Ia menciptakan manusia berbangsa - bangsa dan
bersuku-suku agar saling mengenali. Ertinya, Allah SWT memerintahkan manusia untuk bersosialisasi dan
saling bergaul satu dengan yang lain. Allah SWT juga menjelaskan di dalam ayat ini bahawa manusia diciptakan
berbeza-beza dari berbagai suku dan bangsa, dan Allah tidak menyukai
orang-orang yang sombong dengan apa yang dimilikinya kerana sesungguhnya yang paling mulia dihadapan
Allah SWT
adalah orang yang paling bertakwa. Seterusnya, pergaulan dalam bahasa Arab disebutkan sebagai
ikhtilat yang berasal daripada perkataan kalimah “khalata yakhlutu khaltan”
yang bererti bercampur. Maksud pergaulan (ikhtilat) dalam tugasan ini
ialah bergaul atau bercampur di antara muslim dengan bukan muslim di satu
tempat di mana berlakunya interaksi dalam bentuk pandang-memandang atau
perbuatan di antara seseorang dengan yang lain. Pergaulan ini boleh berlaku di
antara dua orang atau lebih. Islam adalah merupakan agama yang mendorong kepada
kesejahteraan dan keamanan kepada seluruh alam. Buktinya Nabi SAW yang mengajar
umatnya berakhlak mulia kepada semua manusia.
Objektif
penulisan
·
Antara objektif penulisan kami adalah
untuk memberi kesedaran tentang
kepentingan mengamalkan semangat kejiranan bagi mengurangkan kadar jenayah.Ini
kerana jika kita tidak mengamalkan semangat kejiranan,ia akan memberikan kesan
yang buruk kepada kita,salah satunya menyebabkan berlaku jenayah.
·
selain itu ,ini
bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara jiran sekeliling
·
untuk memupuk semangat
kejiranan di antara penduduk kerana
sikap tersebut dapat memberikan kehidupan yang aman dan harmoni.
PENGENALAN
Salah satu daripada ajaran Islam yang amat penting bagi menjamin kesejahteraan
hidup bermasyarakat ialan amalan hidup berjiran.Secara fitrahnya, manusia tidak
boleh hidup seorang diri atau mengasingkan diri.Oleh itu, Islam telah menekankan
kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalngan masyarakat sekeliling.Hubungan
yang baik dapat membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling
menyayangi, menghormati dan sebagainya.Islam amat menitikberatkan hubungan
kejiranan. Hal ini kerana, hidup berjiran merupakan salah satu cara hidup
Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam perlu saling menghormati dan
sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda.Hubungan baik sesama jiran
perlu sentiasa dijaga seperti yang dituntut dalam agama.
Dalam
e-folio ini memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai konsep kejiranan yang
sebenar.Disebabkan pada zaman sekarang, konsep kejiranan dalam masyarakat
semakin pupus dari masa ke masa.Ini disebabkan semua orang pada masa ini telah
sibuk mengejar kejayaan sampai terhampir lupa kepentingan kejiranan. Oleh itu ,
dalam e-folio ini akan mendedahkan semangat kejiranan, punca punca semangat
kejiranan yang semakin luntur, langkah-langkah memupuk semangat
kejiranan,kepenting semangat kejiranan dan kebaikan kejiranan dalam masyarakat .
1. SEMANGAT
KEJIRANAN
Jiran
merupakan orang yang tinggal berdekatan dan berhampiran dengan kita.Ini dapat
memupuk persefahaman dan dapat menyatupadukan masyarakat yang terdiri pelbagai
kaum dinegara kita. Pada zaman dahulu,hubungan kejiranan sangat rapat bagaikan
saudara sendiri. Bak pepatah ‘bagai aur dengan tebing’ berbeza dengan zaman kini
yang begitu sibuk dengan hal sendiri. Bak kata pepatah ‘bagai enau dalam
belukar,melepaskan pucuk masing-masing’.
Apabila kita mempunyai
semangat kejiranan ia merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Jiran
haruslah mempunyai sifat dan semangat untuk menjadikan sebuah masyarakat yang
lebih baik.kata pepatah bersatu kita teguh,bercerai kita roboh.. Perpaduan
wujud apabila semangat kejiranan yang terjalin.Perpaduan yang teguh menjadi
dasar pembangunan negara ke arah yang lebih maju tahun 2020 untuk mencapai
status negara maju.Jiran sepakat membawa berkat.kata-kata ini membawa
kesepakatan yang lebih baik.
Semangat kejiranan
dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Adanya nilai yang
baik,saling tolong menolong,saling bertegur sapa dan menjaga keselamatan.ia
dapat mewujudkan satu suasana yang aman dan harmoni. Antara perkara yang boleh
kita lakukan untuk mengeratkan silaturrahim dengan mengadakan gotong royong.
Masyarakat dapat menghulurkan bantuan antara satu sama lain bagi membersihkan
kawasan persekitaran yang lebih bersih. Hubungan kejiranan bagaikan aur dengan
tebing dapat mewujudkan suasana aman dan harmoni.
Seterusnya, semangat kejiranan yang teguh dapat
melahirkan masyarakat lebih cekap.Hubungan yang baik dapat menjadiakan hubungan
mereka lebih akrab. Semua pekerjaan dapat dilaksankan dengan lebih
teratur,berkerjasama dan lebih cepat mudah. Ia dapat menghasilkan kualiti kerja
yang lebih baik. Semangat kejiranan dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu
padu dan perpaduan yang teguh..Di Malaysia terdapat pelbagai kaum dan agama
antaranya bangsa melayu,cina,india dan bangsa lain dalam sesebuah
masyarakat. Setiap kaum mempunyai adat dan tradisi masing-masing.
Akhir sekali,
semangat kejiranan dapat menjadikan rumah kita lebih selamat daripada ancaman
jenayah.Adanya mereka, kawasan perumahan kita dijaga dengan lebih ketat dengan
tertubuhnya persatuan jiran tetangga. Mereka akan membuat rondaan secara
bergilir-gilir bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini terus berlaku.
Dengan adanya rondaan,keselamatan
penduduk lebih terjamin dan ibu dan bapa tidak perlu lagi risau untuk
melepaskan anak-anak bermain disekitar rumah. Kejadian seperti mencuri
merompak,dan menculik dapat dielakkan dan dikurangkan. Kesimpulannya,masyarakat
yang sepakat membawa berkat dalam kehidupan kita seharian..dapat meningkatkan
tahap keselamatan yang lebih baik.
2. LANGKAH-
LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN
Perpaduan
merupakan antara elemen terpenting dalam pembentukan sesebuah negara yang
harmoni. Perpaduan ini dapat dipupuk dengan semangat kejiranan yang utuh.
Sememangnya tidak dapat disangkal bahawa masyarakat yang bersatu padu bermula
dengan adanya semangat kejiranan yang tersemai dalam jiwa. Oleh itu,setiap
individu haruslah memiliki semangat kejiranan yang tinggi demi mengekalkan
keharmonian dan kemakmuran negara yang berbilang kaum. Namun begitu,semangat
kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat kini. Justeru,senario ini
haruslah disusuli dengan langkah yang efektif supaya dapat dibendung sebelum
masalah seumpama ini terus menular menjadi barah yang akan menjejaskan
keharmonian negara.
Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk memupuk semngat kejiranan ,
antaranya menghidupkan kembali amalan bergotong-royong .Hal ini membolehkan
masyarakat bersama-sama menjalankan pelbagai aktiviti seperti membersihkan
kawasan kediaman, memperbaiki alat kelengkapan di taman-taman perumahan,
menebas semak-samun yang mungkin menjadi tempat persembunyian para penjenayah
dan sebagainya. Amalan bergotong-royong ini dapat mengeratkan hubungan
silaturrahim sesama anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai keturunan
dan latar belakang.Aktiviti ini juga boleh melahirkan semangat kerjasama sesama
jiran , bak kata pepatah “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
dicecah”.Oleh itu, kita mestilah menghidupkan kembali amalan bergotong-royong
kerana amalan ini dapat menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat Malaysia.
Di samping itu, kempen mengadakan amalan
rumah terbuka juga merupakan salah satu langkah yang boleh menghidupkan kembali
semangat kejiranan. Melalui amalan ini, ziarah-menziarahi dapat diwujudkan
dalam kalangan masyarakat terutama pada hari-hari perayaan kaum masing-masing.
Amalan rumah terbuka ini memberi ruang kepada masyarakat untuk menjalin
kemesraan walaupun mereka menyambut perayaan yang berbeza. Sebagai contoh,
penduduk berketurunan India menziarahi jirannya yang beragama Islam pada Hari
Raya Aidil Fitri dan orang Iban yang berjiran dengan penganut Kristian akan
mengunjungi jiran mereka pada hari Natal, sekali gus dapat mengeratkan hubungan
kejiranan sesama insan. Oleh itu, kempen amalan rumah terbuka harus
diperhebatkan lagi agar boleh mendatangkan pelbagai manfaat dan kebaikan kepada
seluruh warga Malaysia yang mendiami di bumi bertuah ini.
Seterusnya, langkah yang boleh diambil dalam usaha memupuk semangat
kejiranan termasuklah mengamalkan amalan ziarah-menziarahi. Amalan ini dapat
mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran. Malah,amalan ziarah-menziarahi
ini sangat digalakkan dalam Islam. Misalnya,apabila jiran bertandang ke
rumah,sudah semestinya kita akan menyambut baik kedatangan mereka dan melayan
mereka dengan penuh adab sopan. Hal ini seterusnya akan melahirkan rasa hormat
dan kasih sayang sesama individu. Oleh itu,amalan ziarah-menziarahi wajar
dibudayakan dalam masyarakat.
Akhir sekali, semangat kejiranan yang semakin luntur
tidak wajar dipandang enteng. Sebaliknya, perlulah dianggap sebagai satu
perkara yang sangat penting dalam masyarakat. Kerajaan haruslah terus melakukan
usaha-usaha yang boleh mengukuhkan lagi perpaduan dalam masyarakat di negara
kita. Sebesar rumah bermula dengan seketul bata. Oleh itu,perpaduan kaum
haruslah bermula semangat kejiranan yang utuh.
3. PUNCA-PUNCA SEMANGAT KEJIRANAN SEMAKIN LUNTUR
Terdapat pelbagai punca yang
menyebabkan semangat kejiranan semakin luntur,antaranya perubahan gaya hidup
masyarakat yang terlalu sibuk dengan hal sendiri serta sibuk mencari rezeki
masing-masing. Tiada lagi masa untuk berborak dan saling tegur menegur antara
satu sama lain. Kos sara yang tinggi menyebabakan masyarakat mengejar kekayaan
yang perlu mencari duit lebih sehingga bekerja lewat malam. Akibatnya, mereka
keletihan dan kesuntukan masa dan tiada lagi masa untuk berjiran.Tidak bertegur
sapa. Berbeza dengan zaman dahulu yang saling memerlukan kerjasama antara
mereka untuk mencari sesuap nasi seperti melakukan pekerjaan bercucuk
tanam,pertanian dan sebagainya.
Seterusnya, kemajuan dalam bidang teknologi atau media massamerupakan factor
lunturnya kejiranan. Masyarakat sekarang terlalu asyik menggunakan kemudahan
tersebut dan tidak memerlukan mereka untuk keluar dan bersusah payah untuk
mendapatkannnya.Dengan adanya kemudahan yang lebih canggih mereka tidak
hiraukan orang sekeliling dan budaya sebegini menyebabkan amalan
kunjung-mengunjungi sesame jiran semakin berkurangan. Ini menyebabkan
komunikasi dan sikap ramah-tamah kurang dalam pergaulan antara satu sama lain.
Mereka lebih gemar berkomunikasi dengan kemudahan canggih tersebut.
Disamping itu, arus pembangunan yang semakin pesat menyebabkan negara menjadi
punca semangat kejiranan berkurangan. Mereka lebih banyak menghabiskan masa
dengan mengunjungi tempat berkaroke,membeli-belah ,taman permainan dan
sebagainya. Kita haruslah mengurangkan masyarakat yang mementingkan diri
sendiri dengan tidak bergaul sesame jiran. Ini akan menyebabkan masyarakat
tidak akan berjaya kerana perpaduan mereka amatlah rapuh dan mudah dipengaruhi
anasir luar. Kesimpulannya. Pembangunan yang begitu pesat akan melanda negara
menjadi punca lunturnya semangat kejiranan.dalam masyarakat kini.
4. KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN
Kepentingan semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam
kalangan anggota masyarakat di sesuatu tempat. Kerjasama
ini boleh dipupuk melalui
penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai
aktiviti yang diadakan di kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti
kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis
sambutan perayaan atau
perjumpaan bulanan komuniti dapat
mempertemukan semua jiran, saling
berkenalan dan merapatkan hubungan. Mereka
akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing
tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal
ini menunjukkan bahawa semangat
kejiranan yang dipupuk dapat
membentuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat seterusnya membentuk
ukhuwah yang kukuh dan ampuh. Selain itu semangat kejiranan juga
penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan melahirkan
masyarakat yang bersatu padu.
Semangat kejiranan membolehkan semua anggota
masyarakat memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang berbilang kaum ini
boleh mempelajari perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain
seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan
saling menghormati. Tegasnya semangat kejiranan penting
dalam membentuk masyarakat yang
bersatu padu dan seterusnya
dapat memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan.
Seterusnya, semangat kejiranan juga penting
kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu
padu. Mengimbas kembali Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan bahawa jika
masyarakat tidak bersatu padu dan berpecah-belah, negara akan musnah dan
kehidupan anggota masyarakat tidak akan selesa dan aman. Tuntasnya, semangat
kejiranan membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain.
Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh mempelajari perbezaan budaya dan
sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat
bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati. Tegasnya semangat kejiranan
penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya dapat
memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan.
Di samping itu, semangat kejiranan juga penting kepada negara kerana
memudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa
kemajuan kepada rakyat. Slogan Negara Maju Rakyat Sihat menunjukkan apabila rakyat
hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka pelbagai rancangan pembangunan dapat
diatur, dirancang dan dilaksanakan secara lancar tanpa sebarang kekangan. Jika
masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana yang aman dan harmoni maka segala
kemajuan yang disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan dapat
dinikmati bersama-sama secara adil dan saksama. Sebagai contohnya, kerajaan
telah berupaya membina pelbagai kemudahan dan infrastrukutr di kawasan
taman-taman perumahan seperti dewan orang ramai, balai raya, taman permainan
kanak-kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif, semangat kejiranan dan
perpaduan yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat di sesetengah kawasan tempat
tinggal. Jelaslah semangat kejiranan penting bagi membantu anggota masyarakat
dalam suatu kawasan kejiranan menikmati pelbagai kemudahan awam yang disediakan
oleh pihak kerajaan.
Negara yang cemerlang lahir
daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup bersatu padu seia sekata .
Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan kehidupan yang
harmoni maka negara akan melakar kejayaan gemilang. Semangat kejiranan
merupakan salah satu elemen penting dan vital yang membantu melahirkan anggota
masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan semangat cinta akan
negara . Melalui hubungan kejiranan, pelbagai aktiviti berbentuk pemupukan
nilai-nilai patriotisme dapat diimplimentasikan. Sebagai contoh, mengibarkan
jalur gemilang, mengadakan pameran sempena ulang tahun kemerdekaan negara
ataupun menyertai perarakan dalam sesebuah pesta. Datuk Azhar Bin Mansor
merupakan contoh paling jelas, dan atas sokongan rakyat Malaysia
membolehkan beliau melakukan pelayaran solo mengelilingi dunia sambil
mengibarkan jalur gemilang dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas menunjukkan
keharmonian kehidupan rakyat Malaysia membolehkan mereka melakukan
sesuatu hal dan perkara yang amat hebat bagi melaonjakkan Malaysia di persada
antarabangsa.
Semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum juga penting sebagai produk pelancongan. Sesungguhnya,
kedatangan pelancong asing ke negara ini banyak disebabkan kehidupan masyarakat
Malaysia yang unik, mempunyai pelbagai seni budaya yang menarik dan hidup
secara harmoni dalam komuniti kejiranan. Sesungguhnya,
perpaduan masyarakat banyak membantu
menarik kehadiran pelancong terutamanya ketika musim perayaan besar.
Sebagai contohnya pada sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan
sambutan pesta-pesta tertentu menampilkan perpaduan masyarakat berbilang kaum
di negara kita yang amat disukai oleh para pelancong asing tersebut .
Selain di kawasan bandar, produk pelancongan seperti Program Homestay atau Inap
Desa di kawasan luar bandar juga dapat menunjukkan semangat hidup berjiran
dalam kalangan masyarakatnya . Maka sememangnya semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat Malaysia sangat berfaedah dan membawa pulangan ekonomi yang
begitu memberangsangkan kepada negara.
5. KEBAIKAN MENGAMALKAN SEMANGAT
KEJIRANAN
Antara kebaikan semangat kejiranan ialah kita akan
mudah mendapat bantuan jika kita menghadapi sesuatu masalah. Seperti yang kita
sedia maklum bahawa kehidupan kita tidak dapat lari daripada perkara luar
dugaan seperti kebakaran, kemalangan atau kematian. Jika kita menghadapi
sesuatu bencana sudah tentunya jiranlah orang yang paling cepat dapat
membantu kita. Begitu juga jlka kita sakit, jiranlah yang kita harapkan
untuk menghantar kita ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan.
Selain itu, semangat kejiranan yang terjalin akan menjamin keselamatan tempat
tinggal kita. Semangat kejiranan akan mendorong jiran kita menjaga keselamatan
tempat tinggal kita. Jika jiran kita mendapati ada orang yang tidak dikenali
datang atau memasuki rumah kita pada waktu kita tiada di rumah, jiran pasti
akan menghubungi kita. Contoh pada musim perayaan, jika kita pulang ke kampung
untuk menziarahi rumah saudara-mara, jiranlah orang yang kita harapkan dapat
membantu menjaga rumah kita. mereka agar tidak melakukan perkara negatif yang
boleh mengganggu ketenteraman membuat bising dan perkara berbahaya di kawasan
kejiranan.
Di samping itu, semangat kejiranan membantu memupuk semangat
perpaduan dikalangan rakyat dalam Negara kita. Perpaduan yang terjalin
akan membolehkan rakyat hidup dalam keadaan aman dan damai.
6. LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN
Perpaduan merupakan antara elemen terpenting dalam
pembentukan sesebuah negara yang harmoni.Perpaduan ini dapat dipupuk dengan
semangat kejiranan yang utuh.Sememangnya tidak dapat disangkal bahawa
masyarakat yang bersatu padu bermula dengan adanya semangat kejiranan yang
tersemai dalam jiwa. Oleh itu,setiap individu haruslah memiliki semangat
kejiranan yang tinggi demi mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara yang
berbilang kaum. Namun begitu,semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan
masyarakat kini. Justeru,senario ini haruslah disusuli dengan langkah yang
efektif supaya dapat dibendung sebelum masalah seumpama ini terus menular
menjadi barah yang akan menjejaskan keharmonian negara.
Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha memupuk semangat
kejiranan termasuklah mengamalkan amalan ziarah-menziarahi.Amalan ini dapat
mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran. Malah,amalan ziarah-menziarahi
ini sangat digalakkan dalam Islam. Misalnya,apabila jiran bertandang ke
rumah,sudah semestinya kita akan menyambut baik kedatangan mereka dan melayan
mereka dengan penuh adab sopan. Hal ini seterusnya akan melahirkan rasa hormat
dan kasih sayang sesama individu. Oleh itu,amalan ziarah-menziarahi wajar
dibudayakan dalam masyarakat.
Selain itu,semangat kejiranan dapat
turut dipupuk melalui amalan gotong-royong. Amalan gotong-royong sememangnya
membawa banyak manfaat kepada masyarakat.Halini kerana apabila segolongan
masyarakat bersatu menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan
perumahan, mereka bukan sahaja dapat memelihara kebersihan tempat kediaman
mereka malah dapat mengeratkan hubungan sekaligus memupuk semangat kerjasama.Di
samping itu, nilai kerjasama dan masyarakat yang prihatin juga dapat
diwujudkan. Justeru,masyarakat mestilah melibatkan diri dalam aktiviti seumpama
ini untuk kebaikan bersama.
Tambahan pula,rumah-rumah terbuka yang lazimnya diadakan ketika musim perayaan
wajar dilihat sebagai satu langkah yang efektif dalam usaha memupuk
semangatkejiranan. Negara kita yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum
membolehkan kita melihat pelbagai jenis adat dan budaya.Apabila rumah terbuka
diadakan,masyarakat akan dapat mengenali adat dan budaya kaum lain.
Hal ini akan dapat mewujudkan pers efahaman dan
sekaligus mengelakkan perselisihan faham yang boleh menjejaskan perpaduan kaum.
Oleh itu,amalan rumah terbuka ini wajar diteruskan dalam masyarakat.
Akhir sekali, semangat kejiranan yang semakin luntur tidak
wajar dipandang enteng.Sebaliknya, perlulah dianggap sebagai satu perkara yang
sangat penting dalam masyarakat.Kerajaan haruslah terus melakukan usaha-usaha
yang boleh mengukuhkan lagi perpaduan dalam masyarakat di negara kita.Sebesar
rumah bermula dengan seketul bata. Oleh itu,perpaduan kaum haruslah bermula
semangat kejiranan yang utuh.
7. KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN
Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan.Ianya perlu
diterapkan dalam diri dan seluruh masyarakat.Jiran perlualah mempunyai semangat
dalam menjadikan sesebuah masayrakat yang lebih baik.Kita perlu memelihara
semangat kejiranan kerana ianya dapat mengukuhkan lagi ukhuwwah dalam sesebuah
masyarakat.Bermula daripada semangat kejirana inilah terjalinnya perpaduan yang
teguh.Perpaduan yang teguh menjadi dasar pembangunan negara ke erah yang lebih
baik serta mencapai status negara maju. Jiran Sepakat Membawa Berkat, kata-kata
ini menunjukkan bahawa kesepakatan dalam masyarakat dapat menghasilkan sesuatu
yang baik. Semangat kejiranan mempunyai banyak kepentingan kepada
masyarakat.Apakah kepetingan-kepentingan tersebut?
Semangat kejiranan dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan
sejahtera.Masyarakat yang mengamalkan sifat yang baik seperti tolong-menolong,
saling bertegur sapa dan menjaga keselamatan masyarakat dapat mewujudkan satu
suasana yang tenang dan aman.Masyarakat harus melakukan perkara yang baik
mengekalkan keamanan yang terpelihara. Tamsilan yang jelas dapat dilihat dalam
aktiviti bergotong-royong, masyarakat sentiasa menghulurkan bantuan antara satu
sama lain dalam membersihkan kawasan perumahan. Hubungan jiran bagai aur denagn
tebing dapat meningkatkan lagi semangat kejiranan dalam sesebuah
masyarakat.Sejajar dengan hal ini, masyarakat dapat menjalani kehidupan dalam
suasana aman dan harmoni.
Selain itu, semangat kejiranan yang
teguh dapat menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih cekap dalam melaksanakan
sesebuah program.Hubungan mereka amat akrab dan boleh meningkatkan ramai
kenalan dalam sesebuah masyarakat.Sesuatu pekerjaan dapat dilaksanakan dengan
cepat dan lancar dengan bantuan ramai pihak.Jika masyarakat bertindak bagai
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, sesuatu pekerjaan atau
program tidak dapat dilaksanakan dengan cekap. Contohnya, jiran membantu jiran
yang lain dalam mengadakan kenduri dengan bersama-sama menyediakan makanan
untuk tetamu dan mendirikan khemah untuk para tetamu. Lantaran itu, pekerjaan
dapat diselesaikan dengan mudah.Bukan itu sahaja, hubungan yang erat dapat
diwujudkan ketika melakukan pekerjaan bersama-sama.Masyarakat yang memupuk
semangat kejiranan dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan lebih cekap dan
menghasilkan sesuatu yang lebih baik.
Di samping itu, masyarakat juga boleh memupuk semangat perpaduan.Semangat
kejiranan yang mantap dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan
perpaduan yang teguh. Perpaduan juga sama pentingnya seperti semangat
kejiranan. Kehidupan negara Malaysia memerlukan perpaduan yang teguh.Hal yang
demikian, Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan agama.Negara kita dikagumi
seluruh dunia kerana mempunyai perpaduan yang erat. Perkara ini dapat
dibuktikan dengan kehadiran bangsa Melayu, Cina, India dan bangsa lain dalam
sesebuah masyarakat. Setiap kaum perlu mengetahui adat dan tradisi kaum lain
untuk mengelakkan daripada menimbulkan isu sensitif. Semangat kejiranan yang
mantap dapat mengelakkan situasi ini daripada berlaku kerana hubungan yang erat
antara kaum.Oleh itu, masyarakat perlu mempunyai semangat kejiranan yang tinggi
supaya dapat mewujudkan perpaduan yang teguh.
Secara kesimpulannya, terdapat banyak
kepentingan yang diperoleh daripada semangat kejiranana.Semangat kejiranan amat
penting dalam melahirkan masyarakat harmoni, suasana yang aman dan perpaduan
yang teguh.Kepentingan semangat kejiranan membawa kebaikan kepada diri
masyarakat dan negara.Masyarakat yang maju dalam semua aspek seperti rohani,
intelektual dan adab dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang
maju.Untuk mencapai Wawasan 2020, kerjasama semua pihak amat digalakkan supaya
dapat merealisasikan perkara ini.Semangat kejiranan yang rapuh tidak menjamin
keamanan negara dan memerlukan kesepakatan rakyat Malaysia seperti Jiran
Sepakat Membawa Berkat.Oleh itu, semangat kejiranan amat penting dalam
kehidupan bermasyarakat.
8. KEBAIKAN MENGAMALKAN SEMANGAT
KEJIRANAN
Antara kebaikan semangat kejiranan ialah kita akan mudah mendapat bantuan jika
kita menghadapi sesuatu masalah. Seperti yang kita sedla maklum bahawa
kehidupan kita tidak dapat lari daripada perkara luar dugaan seperti kebakaran,
kemalangan atau kematian. Jika kita menghadapi sesuatu bencana sudah
tentunya jiranlah orang yang paling cepat dapat membantu kita. Begitu juga jlka
kita sakit, jiranlah yang kita harapkan untuk menghantar kita ke klinik
atau hospital bagi mendapatkan rawatan.
Semangat kejiranan yang terjalin juga membolehkan gejala negatif di tempat
tinggal kita dicegah. Jiran yang baik, pastinya dapat mendidik dan
menasihati anak mereka agar tidak melakukan perkara negatif yang boleh
mengganggu ketenteraman membuat bising dan perkara berbahaya di kawasan
kejiranan
Di samping itu, semangat kejiranan
membantu memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat dalam Negara kita.
Perpaduan yang terjalin akan membolehkan rakyat hidup dalam keadaan aman dan
damai.Nyatalah semangat kejiranan banyak memberi manfaat baik kepada diri
sendiri, penduduk setempat dan masyarakat umumnya.Manfaat yang lebih besar
lalah semangat kejiranan ini dapat mendorong terjalinnya hubungan baik antara
kaum dan membawa kepada perpaduan kaum.
9. ADAB-ADAB DAN HAK-HAK JIRAN
1. Sentiasa mewujudkan suasana
kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan hormat-menghormati antara satu sama
lain. Antara caranya dengan memulakan salam jika bertemu dengan sesama Muslim
atau ucapan penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim. Sentiasa
bertoleransi samada yang melibatkan urusan keagamaan, adat resam, budaya, cara
hidup dan lain-lain lagi.
2. Tidak menyakiti mereka samada
melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk.Jiran yang jahat dan
tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan
sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan
ketakutan dan kegerunan kepada insan lain.
Sehubungan dengan perkara ini
Rasulullah SAW pernah bersabda; “ Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak
beriman, demi Allah tidak beriman. Sahabat bertanya: “Siapakah (yang tidak
beriman itu) ya Rasulullah?. Rasulullah SAW menjawab : Orang yang menyebabkan
jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim) Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa Rasulullah
SAW bersabda; “ Tidak masuk syurga barangsiapa yang jirannya tidak merasa aman
(selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.” (Riwayat Muslim)
3. Sentiasa menuturkan kata-kata
yang baik dan menghormati mereka sebagai manusia.
4. Sentiasa merendahkan diri dan
berlemah-lembut dengan mereka dan mengelak diri dari bersikap takabbur.
5. Sentiasa bersedia memberikan
sebarang bentuk bantuan dan pertolongan yang diperlukan.
6. Menyintai mereka seperti
mana kita menyintai diri kita sendiri. Oleh yang demikian kita hendaklah
sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang menjadi kesukaan mereka, selagi
tidak bertentangan dengan syariat agama dan sama-sama berusaha menghindarkan
perkara-perkara yang mereka tidak sukai.
7. Sentiasa mengambil berat dan
bersimpati terhadap segala permasalahan yang sedang mereka hadap,i sama ada
yang berkaitan dengan masalah keagamaan, kekeluargaan atau rumah tangga,
kejiwaan, kesihatan, pelajaran, , kewangan, makan-minum, dan sebagainya.
Sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia sesama jiran sehingga akhirnya
melahirkan perhubungan kejiranan yang lebih mesra dan lebih akrab.
8. Tidak memandang rendah dan saling
menghina sesama jiran, sebaliknya hendaklah sentiasa hormat menghormati dan
harga-menghargai, termasuklah menghargai dan berterima kasih terhadap apa jua
pemberian, khidmat dan pertolongan yang diberikan.
9. Mengutamakan jiran yang terdekat
rumahnya dengan rumah kita. Penetapan jiran terdekat ialah 40 buah rumah yang
berada di sekeliling rumah kira, sama ada di kiri, kanan, hadapan dan belakang.
Terdapat tiga kategori jiran. Pertama, jiran muslim yang ada hubungan
kekeluargaan, mereka mempunyai tiga hak iaitu sebagai jiran, keluarga dan
seorang Muslim. Kedua, jiran Muslim yang mempunyai dua hak, iaitu hak jiran dan
hak seorang Muslim dan Ketiga Jiran Bukan Islam, yang mempunyai satu hak iaitu
hak jiran.
10. Sentiasa berusaha mewujudkan
suasana aman, damai, tenteram, sejahtera dan ceria dalam kehidupan berjiran.
Faktor inilah juga yang menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan bahawa antara
rukun-rukun kebahgiaan ialah ‘jiran yang baik’.
11. Sentiasa memelihara diri agar
tidak melakukan sebarang kesalahan dan kerosakan serta mencemar maruah dan diri
jiran, termasuklah terhadap isterinya, anak-anaknya, harta bendanya dan
lain-lain lagi.
12. Elakkan sikap terlalu suka
mengambil tahu hal ehwal peribadi dan keluarganya, kecuali setelah mereka sendiri
mengadu untuk mendapatkan bantuan kita untuk menyelesaikannya.
13. Bantulah mereka apabila mereka
ditimpa kesusahan dan mala petaka, agar hati mereka menjadi tenang dan
tenteram.
14. Rasakan kesusahan jiran seperti
kesusahan yang kita tanggung sendiri dan zahirkan kegembiraan ketika mereka
bergembira, sama ada ketika mendapat rumah baru, perabut baru, kelahiran anak
baru, mendapat menantu dan sebagainya.
15. Elakkan dari memerhatikan
barangan atau apa sahaja yang dibeli atau yang dibawa pulang ke rumahnya.
16. Tidak cuai untuk menyeru mereka
kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran dengan cara yang paling berhikmah.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, hubungan yang lebih erat antara jiran dalam masyarakat
merupakan ciri masyarakat yang berkualiti dan prodaktif. Selain itu,perpaduan
juga dalah kunci kemakmuran dan sejahteraan negara. Tanpa perpaduan negara kita
mungkin akan berpecah belah,dan masyarakat tidak dapat hidup dalam keadaan aman
dan aman. Perpaduan yang lahir daripada hubungan baik sesama jiran. Jiran yang
baik memupuk semangat tolenrasi,saling mempercayai,saling tolong menolong dan
mengamalkan sikap bertanggungjawab sesama mereka. Jika tidak dijaga ini akan
menjadi permusuhan dan akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan
negara. Oleh yang demikian,semangat kejiranan memainkan peranan yang amat
penting dalam menjana kehidupan yang sempurna,aman dana harmoni.
Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan kutuhan hubungan
dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam
masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Selain itu ,
perpaduan juga adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa
perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak
lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan
melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya
memupuk semangat tolenrasi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian
pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan
tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan
perpecahan. Oleh itu , semangat kejiranan memainkan peranan yang amat penting
dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.
Kesimpulannya, pentingnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan
kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang aman dan makmur sejahtera
sahaja akan dapat meneruskan agenda yang lebih gemilang dan terbilang pada masa
akan datang.
LAMPIRAN
RAJAH 1
SENTIASA BERSALAM-SALAMAN DENGAN JIRAN
RAJAH
2
GOTONG-ROYONG
BERSAMA-SAMA DAPAT MEMUPUK SEMANGAT BEKERJASAMA ANTARA SATU SAMA LAIN.
RAJAH 3
SALING TOLONG-MENOLONG MEMBERSIHKAN
KAWASAN PERUMAHAN.
RAJAH 4
PERPADUAN
ANTARA KAUM ADALAH PENTING DALAM MASYARAKAT SUPAYA DAPAT HIDUP DALAM SUASANA
YANG MAKMUR.
Comments
Post a Comment