kepentingan semangat kejiranan
KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN
Kepentingan semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam
kalangan anggota masyarakat di sesuatu tempat. Kerjasama
ini boleh dipupuk melalui
penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai
aktiviti yang diadakan di kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti
kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis
sambutan perayaan atau
perjumpaan bulanan komuniti dapat
mempertemukan semua jiran, saling
berkenalan dan merapatkan hubungan. Mereka
akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing
tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal
ini menunjukkan bahawa semangat
kejiranan yang dipupuk dapat
membentuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat seterusnya membentuk
ukhuwah yang kukuh dan ampuh. Selain itu semangat kejiranan juga
penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan melahirkan
masyarakat yang bersatu padu.
Semangat kejiranan membolehkan semua anggota
masyarakat memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang berbilang kaum ini
boleh mempelajari perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain
seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan
saling menghormati. Tegasnya semangat kejiranan penting
dalam membentuk masyarakat yang
bersatu padu dan seterusnya
dapat memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan.
Seterusnya, semangat kejiranan juga penting
kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu
padu. Mengimbas kembali Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan bahawa jika
masyarakat tidak bersatu padu dan berpecah-belah, negara akan musnah dan
kehidupan anggota masyarakat tidak akan selesa dan aman. Tuntasnya, semangat
kejiranan membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain.
Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh mempelajari perbezaan budaya dan
sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat
bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati. Tegasnya semangat kejiranan
penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya dapat
memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan.
Di samping itu, semangat kejiranan juga penting kepada negara kerana
memudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa
kemajuan kepada rakyat. Slogan Negara Maju Rakyat Sihat menunjukkan apabila rakyat
hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka pelbagai rancangan pembangunan dapat
diatur, dirancang dan dilaksanakan secara lancar tanpa sebarang kekangan. Jika
masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana yang aman dan harmoni maka segala
kemajuan yang disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan dapat
dinikmati bersama-sama secara adil dan saksama. Sebagai contohnya, kerajaan
telah berupaya membina pelbagai kemudahan dan infrastrukutr di kawasan
taman-taman perumahan seperti dewan orang ramai, balai raya, taman permainan
kanak-kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif, semangat kejiranan dan
perpaduan yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat di sesetengah kawasan tempat
tinggal. Jelaslah semangat kejiranan penting bagi membantu anggota masyarakat
dalam suatu kawasan kejiranan menikmati pelbagai kemudahan awam yang disediakan
oleh pihak kerajaan.
Negara yang cemerlang lahir
daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup bersatu padu seia sekata .
Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan kehidupan yang
harmoni maka negara akan melakar kejayaan gemilang. Semangat kejiranan
merupakan salah satu elemen penting dan vital yang membantu melahirkan anggota
masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan semangat cinta akan
negara . Melalui hubungan kejiranan, pelbagai aktiviti berbentuk pemupukan
nilai-nilai patriotisme dapat diimplimentasikan. Sebagai contoh, mengibarkan
jalur gemilang, mengadakan pameran sempena ulang tahun kemerdekaan negara
ataupun menyertai perarakan dalam sesebuah pesta. Datuk Azhar Bin Mansor
merupakan contoh paling jelas, dan atas sokongan rakyat Malaysia
membolehkan beliau melakukan pelayaran solo mengelilingi dunia sambil
mengibarkan jalur gemilang dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas menunjukkan
keharmonian kehidupan rakyat Malaysia membolehkan mereka melakukan
sesuatu hal dan perkara yang amat hebat bagi melaonjakkan Malaysia di persada
antarabangsa.
Semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum juga penting sebagai produk pelancongan. Sesungguhnya,
kedatangan pelancong asing ke negara ini banyak disebabkan kehidupan masyarakat
Malaysia yang unik, mempunyai pelbagai seni budaya yang menarik dan hidup
secara harmoni dalam komuniti kejiranan. Sesungguhnya,
perpaduan masyarakat banyak membantu
menarik kehadiran pelancong terutamanya ketika musim perayaan besar.
Sebagai contohnya pada sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan
sambutan pesta-pesta tertentu menampilkan perpaduan masyarakat berbilang kaum
di negara kita yang amat disukai oleh para pelancong asing tersebut .
Selain di kawasan bandar, produk pelancongan seperti Program Homestay atau Inap
Desa di kawasan luar bandar juga dapat menunjukkan semangat hidup berjiran
dalam kalangan masyarakatnya . Maka sememangnya semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat Malaysia sangat berfaedah dan membawa pulangan ekonomi yang
begitu memberangsangkan kepada negara.
Comments
Post a Comment