semangat kejiranan


.  SEMANGAT KEJIRANAN

        Jiran merupakan orang yang tinggal berdekatan dan berhampiran dengan kita.Ini dapat memupuk persefahaman dan dapat menyatupadukan masyarakat yang terdiri pelbagai kaum dinegara kita. Pada zaman dahulu,hubungan kejiranan sangat rapat bagaikan saudara sendiri. Bak pepatah ‘bagai aur dengan tebing’ berbeza dengan zaman kini yang begitu sibuk dengan hal sendiri. Bak kata pepatah ‘bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing’.
      Apabila kita mempunyai semangat kejiranan ia merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Jiran haruslah mempunyai sifat dan semangat untuk menjadikan sebuah masyarakat yang lebih baik.kata pepatah bersatu kita teguh,bercerai kita roboh.. Perpaduan wujud apabila semangat kejiranan yang terjalin.Perpaduan yang teguh menjadi dasar pembangunan negara ke arah yang lebih maju tahun 2020 untuk mencapai status negara maju.Jiran sepakat membawa berkat.kata-kata ini membawa kesepakatan yang lebih baik.
      Semangat kejiranan dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Adanya nilai yang baik,saling tolong menolong,saling bertegur sapa dan menjaga keselamatan.ia dapat mewujudkan satu suasana yang aman dan harmoni. Antara perkara yang boleh kita lakukan untuk mengeratkan silaturrahim dengan mengadakan gotong royong. Masyarakat dapat menghulurkan bantuan antara satu sama lain bagi membersihkan kawasan persekitaran yang lebih bersih. Hubungan kejiranan bagaikan aur dengan tebing dapat mewujudkan suasana aman dan harmoni.
Seterusnya, semangat kejiranan yang teguh dapat melahirkan masyarakat lebih cekap.Hubungan yang baik dapat menjadiakan hubungan mereka lebih akrab. Semua pekerjaan dapat dilaksankan dengan lebih teratur,berkerjasama dan lebih cepat mudah. Ia dapat menghasilkan kualiti kerja yang lebih baik. Semangat kejiranan dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan perpaduan yang teguh..Di Malaysia terdapat pelbagai kaum dan agama antaranya  bangsa melayu,cina,india dan bangsa lain dalam sesebuah masyarakat. Setiap kaum mempunyai adat dan tradisi masing-masing.



       Akhir sekali, semangat kejiranan dapat menjadikan rumah kita lebih selamat daripada ancaman jenayah.Adanya mereka, kawasan perumahan kita dijaga dengan lebih ketat dengan tertubuhnya persatuan jiran tetangga. Mereka akan membuat rondaan secara bergilir-gilir bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini terus berlaku.
    Dengan adanya rondaan,keselamatan penduduk lebih terjamin dan ibu dan bapa tidak perlu lagi risau untuk melepaskan anak-anak bermain disekitar rumah. Kejadian seperti mencuri  merompak,dan menculik dapat dielakkan dan dikurangkan. Kesimpulannya,masyarakat yang sepakat membawa berkat dalam kehidupan kita seharian..dapat meningkatkan tahap keselamatan yang lebih baik.






Comments

Popular posts from this blog

punca-punca semangat kejiranan semakin luntur

kesimpulan

Langkah-langkah memupuk semangat kejiranan