Posts

Showing posts from March, 2018

kesimpulan

KESIMPULAN          Sebagai kesimpulan, hubungan yang lebih erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti dan prodaktif. Selain itu,perpaduan juga dalah kunci kemakmuran dan sejahteraan negara. Tanpa perpaduan negara kita mungkin akan berpecah belah,dan masyarakat tidak dapat hidup dalam keadaan aman dan aman. Perpaduan yang lahir daripada hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik memupuk semangat tolenrasi,saling mempercayai,saling tolong menolong dan mengamalkan sikap bertanggungjawab sesama mereka. Jika tidak dijaga ini akan menjadi permusuhan dan akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan negara. Oleh yang demikian,semangat kejiranan memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan yang sempurna,aman dana harmoni.           Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan kutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubu...

Adab-adab dan hak-hak jiran

ADAB-ADAB DAN HAK-HAK JIRAN 1. Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Antara caranya dengan memulakan salam jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim. Sentiasa bertoleransi samada yang melibatkan urusan keagamaan, adat resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi. 2. Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk.Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain. Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah SAW pernah bersabda; “ Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman. Sahabat bertanya: “Siapakah (yang tidak beriman itu) ya Rasulullah?. Rasulullah SAW menjawab : Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa ama...

Langkah-langkah memupuk semangat kejiranan

LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN              Perpaduan merupakan antara elemen terpenting dalam pembentukan sesebuah negara yang harmoni.Perpaduan ini dapat dipupuk dengan semangat kejiranan yang utuh.Sememangnya tidak dapat disangkal bahawa masyarakat yang bersatu padu bermula dengan adanya semangat kejiranan yang tersemai dalam jiwa. Oleh itu,setiap individu haruslah memiliki semangat kejiranan yang tinggi demi mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara yang berbilang kaum. Namun begitu,semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat kini. Justeru,senario ini haruslah disusuli dengan langkah yang efektif supaya dapat dibendung sebelum masalah seumpama ini terus menular menjadi barah yang akan menjejaskan keharmonian negara.          Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha memupuk semangat kejiranan termasuklah mengamalkan amalan ziarah-menziarahi.Amala...

Kebaikan mengamalkan semangat kejiranan

. KEBAIKAN MENGAMALKAN SEMANGAT KEJIRANAN              Antara kebaikan semangat kejiranan ialah kita akan mudah mendapat bantuan jika kita menghadapi sesuatu masalah. Seperti yang kita sedia maklum bahawa kehidupan kita tidak dapat lari daripada perkara luar dugaan seperti kebakaran, kemalangan atau kematian. Jika kita menghadapi sesuatu bencana  sudah tentunya jiranlah orang yang paling cepat dapat membantu kita. Begitu juga jlka kita sakit, jiranlah  yang kita harapkan untuk menghantar kita ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan.             Selain itu, semangat kejiranan yang terjalin akan menjamin keselamatan tempat tinggal kita. Semangat kejiranan akan mendorong jiran kita menjaga keselamatan tempat tinggal kita. Jika jiran kita mendapati ada orang yang tidak dikenali datang atau memasuki rumah kita pada waktu kita tiada di rumah, jiran past...

kepentingan semangat kejiranan

KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN            Kepentingan semangat kejiranan dapat  memupuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat di sesuatu   tempat. Kerjasama   ini   boleh   dipupuk   melalui   penglibatan   anggota   masyarakat  dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong,   majlis   sambutan   perayaan   atau   perjumpaan   bulanan   komuniti   dapat mempertemukan  semua  jiran,   saling  berkenalan  dan   merapatkan  hubungan. Mereka   akan  lebih mesra, saling membantu  bagai aur dengan tebing  tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal   ini   menunjukkan  bahawa  sema...

punca-punca semangat kejiranan semakin luntur

 PUNCA-PUNCA SEMANGAT KEJIRANAN SEMAKIN LUNTUR Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan semangat kejiranan semakin luntur,antaranya perubahan gaya hidup masyarakat yang terlalu sibuk dengan hal sendiri serta sibuk mencari rezeki masing-masing. Tiada lagi masa untuk berborak dan saling tegur menegur antara satu sama lain. Kos sara yang tinggi menyebabakan masyarakat mengejar kekayaan yang perlu mencari duit lebih sehingga bekerja lewat malam. Akibatnya, mereka keletihan dan kesuntukan masa dan tiada lagi masa untuk berjiran.Tidak bertegur sapa. Berbeza dengan zaman dahulu yang saling memerlukan kerjasama antara mereka untuk mencari sesuap nasi seperti melakukan pekerjaan bercucuk tanam,pertanian dan sebagainya.             Seterusnya, kemajuan dalam bidang teknologi atau media massamerupakan factor lunturnya kejiranan. Masyarakat sekarang terlalu asyik menggunakan kemudahan tersebut dan tidak memerlukan mereka untuk kelua...

semangat kejiranan

.   SEMANGAT KEJIRANAN         Jiran merupakan orang yang tinggal berdekatan dan berhampiran dengan kita.Ini dapat memupuk persefahaman dan dapat menyatupadukan masyarakat yang terdiri pelbagai kaum dinegara kita. Pada zaman dahulu,hubungan kejiranan sangat rapat bagaikan saudara sendiri. Bak pepatah ‘bagai aur dengan tebing’ berbeza dengan zaman kini yang begitu sibuk dengan hal sendiri. Bak kata pepatah ‘bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing’.       Apabila kita mempunyai semangat kejiranan ia merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Jiran haruslah mempunyai sifat dan semangat untuk menjadikan sebuah masyarakat yang lebih baik.kata pepatah bersatu kita teguh,bercerai kita roboh.. Perpaduan wujud apabila semangat kejiranan yang terjalin.Perpaduan yang teguh menjadi dasar pembangunan negara ke arah yang lebih maju tahun 2020 untuk mencapai status negara maju.Jiran sepakat membawa berkat.kata-...

AMALAN SEMANGAT KEJIRANAN PENTING DALAM MENGURANGKAN KADAR JENAYAH SETEMPAT.

Image
Pengenalan “ Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal .” Allah berfirman bah a wa Ia menciptakan manusia berbangsa - bangsa dan bersuku-suku agar saling mengenali. E rtinya, Allah SWT memerintahkan manusia untuk bersosialisasi dan saling bergaul satu dengan yang lain. Allah SWT juga menjelaskan di dalam ayat ini bah a wa manusia diciptakan berbeza-beza dari berbagai suku dan bangsa, dan Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dengan apa yang d imilikinya k e r a na sesungguhnya yang paling mulia dihadapan Allah SWT adalah orang yang paling bertakwa. Seterusnya, p ergaulan dalam bahasa Arab disebutkan sebagai ikhtilat yang berasal daripada perkataan kalimah “khalata y...